Kelebihan Institut Perdagangan Munshi #Pertama di Pantai Timur #Lebih 25 tahun dalam bidang Pengurusan Pejabat #Jaminan Kerja setelah Tamat Latihan #Latihan Industri Disediakan #Info terkini jawatan kosong di Jabatan Kerajaan/Badan Berkanun/Swasta #Graduan IPM Calon Pilihan Majikan. Layari www.ipmmunshi.com

Contoh Surat Permohonan Jawatan

Nor Ain binti Samsudin
No.xxx Lorong xxx
xxxxxxxx
25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur

17hb Mac 2011

ASIA SEMPURNA xxxxxx
xxxxxxxxx
xxxxxx Jalan Gambang
25150 Kuantan
Pahang Darul Makmur 

Tuan,



PER: PERMOHONAN JAWATAN SEBAGAI KERANI

Dengan segala hormatnya perkara diatas adalah dirujuk, saya Nor Ain binti Samsudin No. Kad Pengenalan : xxxxxxxxx berminat untuk memohon jawatan sebagai kerani di syarikat tuan setelah dicadangkan oleh Nur Alia binti Daus dari AURA BINA SDN.BHD baru-baru ini.

2. Untuk makluman tuan, saya mempunyai kelulusan Sijil Pelajaran Malaysia. Selain itu, saya juga mempunyai kemahiran dalam penggunaan komputer. Saya penuh yakin, sekiranya diberi peluang berkhidmat di syarikat ini, saya dapat membantu syarikat dalam memberi sumbangan yang bererti bagi merealisasikan cita-cita syarikat.

3. Sehubungan dengan itu, segala perhatian tuan terhadap permohonan ini saya dahului dengan ribuan terima kasih. Bersama-sama ini dilampirkan resume dan salinan sijil-sijil berkenaan sebagai rujukan.

Sekian terima kasih.


Yang benar,


………………………………………………………..
(NOR AIN BINTI SAMSUDIN)